Semalam, 9 November 2019.
Kes rompakan dan pecah rumah melibatkan kolej atau kediaman pelajar bukanlah cerita baru atau yang jarang didengari. Maka sila jadikan peringatan atau pengajaran agar kita lebih berhati-hati. Seringlah menasihati anak-anak supaya tidak meninggalkan barang-barang berharga milik mereka apabila pulang ke rumah dimusim cuti.
Tinggalkan juga pesanan kepada anak-anak tentang apa tindakan yang patut dilakukan apabila berlaku situasi yang tidak diingini. Tindakan yang betul mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah atau kes dengan mudah.
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh seorang pelajar kolej yang terlibat. Lihatlah perbuatan aneh perompak yang tidak dijangkakan. Apa motif perbuatan mereka ini, saya sendiri pun tidak pandai menekanya. Walau apapun biarlah pihak berwajib yang melakukan penyiasatan dan semoga ianya tidak berulang lagi.
Sama-samalah kita mendoakan agar Allah melindungi anak-anak kita yang sedang menuntut ilmu agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat. Amin.
Ya Allah, jagakan anak- anak kami untuk kami.
*Suri Sutera
~ Thank You ~
peliknya kes ni
ReplyDelete