Monday, August 6, 2012

* KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Sesungguhnya Muhammad s.a.w itu pemimpin teragung ...
~ Ozie
Gambar Hiasan

* Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah Gunung Arafah

                  Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang aku perkatakan. Aku tidak tahu apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

                   Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka angaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalka mulai sekarang.

                    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara benar. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

                    Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesunguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

                    Wahai manusia, dengarlah besungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakalah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

                    Wahai manusia, tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah al-Quran dan Sunnahku.

                    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.


~ SEKIAN ~

Sumber: Diari Islam, Al-Hidayah

                     Subhanallah. Mengalir airmata saya ketika menaip salinan keratan Khutbah Rasulullah yang sungguh indah ini. Sesungguhya, segalanya begitu sempurna dan berkesan di hati serta melahirkan rasa keinsafan yang teramat di dalam jiwa saya. Kepada anda yang mungkin baru pertama kali membacanya, maka kongsikan, hadiahkan dan sebarkanlah kepada yang mungkin belum mengetahuinya.

* Please CLICK HERE to see more.

~ TERIMA KASIH ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...