Wednesday, November 13, 2013

* RESIPI ~ BIHUN GORENG UDANG KERING

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Bihun ~ 200g direndam hingga lembut dan toskan
2. Bawang putih ~ 4-5 ulas diketuk
3. Bawang besar ~ Setengah labu dihiris nipis
4. Udang kering ~ 2 genggam direndam dan ditumbuk kasar.
5. Cili giling/kisar ~ 3-4 camca besar
6. Air ~ Setengah cawan
7. Telur ~ 1 biji dipukul sedikit
8. Kobis ~ Secukupnya dihiris halus
9. Garam ~ 1 camca teh atau secukupnya
10. Gula ~ Secukupnya (jika suka)
11. Minyak masak ~ 3-4 camca besar untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan 2,3 dan 4 sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
2. Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga naik minyak.
3. Masukkan air, garam dan gula masak lagi hingga merenih.
4. Kecilkan api, masukkan bihun dan kacau rata.
5. Masukkan kobis dan telur, kuatkan api dan kacau lagi sehingga masak.
6. Angkat, letakkan atas pinggan dan hiaskan dengan hirisan cili besar, telur dadar, tauhu goreng atau apa saja yang anda suka.

Jumlah hidangan:
3-4 orang

~ Thank You ~

8 comments:

  1. Wah.. menyelerakan.. nk cari bihun goreng lah buat makan ptg ni.. :)

    ReplyDelete
  2. boleh wat juadah berbuka ni ...

    ReplyDelete
  3. bila letak udang kering mesti lagi harum bau bihun goreng ni..

    ReplyDelete
  4. nampk sdp, ialah Vee boleh wat juadah berbuka, kak ruby nak p beli bihun lh, boleh goreng esok ptg

    ReplyDelete
  5. sy dlm seminggu tu sekali mesti ada menu sarapan bihun.. blm rasa jemu lg sejak beberapa bln lepas. nak try jg buat resipi kak ozie ni nt. thnks.

    ReplyDelete
  6. baru masak hari ni tapi x de udang kering lah ...

    ReplyDelete
  7. Biasa goreng bihun macam ni. Memang sedap campur dengan udang kering. Tambah-tambah lagi makan dengan sambal.

    ReplyDelete
  8. Udang keringpun boleh jadi perencah yang menyedapkan juga, saya suka

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...