Thursday, November 14, 2013

* RESIPI ~ CUCUR/CEKODOK/JEMPUT-JEMPUT BAWANG ISTIMEWA

Tanpa telur dan serbuk penaik

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Tepung gandum serbaguna ~ 2 cawan
2. Bawang besar ~ 1 labu saiz sederhana dicincang halus
3. Ikan bilis ~ Segenggam ditumbuk kasar
4. Udang kering ~ Segenggam ditumbuk kasar
5. Taugeh ~ Setengah cawan
6. Daun sup ~ Setengah cekak dipotong kecil
7. Cili kisar/giling ~ 2 camca besar
8. Cili padi ~ 4-5 biji dipotong kecil (jika suka pedas)
9. Jagung krim (dalam tin) ~ 2 camca besar
10. Garam halus ~ Setengah camca teh atau secukupnya
11. Air ~ 1 cawan atau secukupnya
12. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung yang telah diayak bersama garam halus, ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan bahan-bahan lain satu persatu diakhiri dengan air yang dituang sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Goreng dalam minyak yang cukup panas sehingga garing sedikit dan berwarna keperangan.

Jumlah hidangan:
3-4 orang

Nota:
Resipi ini tidak sempurna tanpa taugeh kerana selain dari rasanya yang 'unik' ia juga bertindak atau berfungsi untuk melembutkan cucur/cekodok/jemput-jemput tersebut.

~ Thank You ~

3 comments:

  1. baru jer buat jempu - jemput sayur . terkilan lak tak snap gambar ... ada udang kering dan ikan bilis , dah tentu sedap ...

    ReplyDelete
  2. Haha, saya suka buat jemput-jemput. Sedap buat makan waktu santai petang, :)

    ReplyDelete
  3. Mmg favorite.. sedap dimakan waktu paga atau petang.. Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...