Tuesday, October 1, 2013

* RESEPI ~ AYAM TUMIS BEREMPAH

Please click on the image to view actual size.



Bahan- bahan:
1. Ayam ~ Suku ekor saiz sederhana dipotong kecil
2. Daun kari ~ 3-4 tangkai (jangan dilurutkan dari tangkainya)
3. Bawang putih ~ 3-4 ulas dicincang
4. Halia ~ Setengah inci dihiris nipis
5. Rempah kari ~ 2-3 camca besar (saya guna rempah kari ikan Baba's)
6. Bawang besar (holland) ~ Setengah labu dihiris bulat
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menumis dan menggoreng.
8. Garam ~ Secukupnya
9. Serbuk kunyit ~ Secukupnya
10. Gula ~ Secukupnya (jika suka)
11. Air ~ secukupnya

Cara-membuatnya:
1. Panaskan minyak (untuk menggoreng ayam) di dalam kuali.
2. Sementara itu lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Apabila minyak sederhana panas, goreng ayam sehingga masak dan kekuningan, angkat dan masukkan ke dalam bekas lalu ketepikan.
4. Dalam minyak yang sama, goreng daun kari dengan tangkai-tangkainya sekali sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
5. Dalam kuali lain, panaskan 2-3 camca besar minyak masak.
6. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
7. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam. Tumis sehingga wangi dan naik minyak.
8. Masukkan pula hirisan bawang besar dan ayam yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit gula dan kacau rata.
9. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan dan lurutkan daun kari tadi ke atasnya sebagai hiasan dan pelengkap rasa.


Jumlah hidangan:
2 orang

Nota:
- Anda boleh buat cara yang sama untuk kacang kuda yang telah direbus, ubi kentang (jejari atau baji) yang telah digoreng dan ubi kayu yang telah direbus.
- Boleh tambah hiasan lain seperti cili merah atau cili kering yang digoreng.

 * Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

4 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...