Saturday, November 30, 2013

* CERITERA ALAM ~ AKHIRNYA HERO PERGI....




Sedih sayu hati dan mengalir airmata saya mendengar cerita tentang Hero kita yang telah tiada. Mendengar kematiannya, rasa sedihnya seolah-olah Hero itu, seorang manusia. Terbayang semula, bagaimana keperitan yang telah dilalui Hero suatu masa dulu. Sungguh kejam seorang manusia, biarpun dikurniakan akal dan hati, namun tidak ada sekelumit pun rasa simpati. Begitulah kehidupan di dunia.... Manusia sering hilang punca sehinggakan haiwan yang tidak berdosa pun boleh menjadi mangsa...

Kalau anda masih ingat cerita tentang Hero yang dipotong kedua kakinya oleh manusia yang tidak berhati dan ingin mengetahui tentang kisah selanjutnya, sila klik banner atau link di bawahnya untuk ke Blog tuan punya cerita yang juga tuan yang menjaga Hero selama ini...

 ~ Thank You ~

* SEGMEN KENALAN BLOGGER LAMAN SUTERA 7

Tajuk segmen: KENALAN BLOGGER LAMAN SUTERA
Tarikh mula: 3hb. Oktober 2013
Tarikh tamat: Sehingga diberitahu

* Blogger yang layak dan terpilih kali ini adalah Kaseh Wee/Qaseh Wee. Ucapan tahniah dan terima kasih buat anda.

Klik gambar untuk melihat saiz sebenar.

 

Blog: SUATU RENCAH KEHIDUPAN (click to view page)
Owner: KASEH WEE
Published on: 30th. SEPTEMBER 2013

Penganjur

* Untuk menyertai segmen dan mengetahui syarat-syaratnya sila KLIK DI SINI.

~ Terima kasih ~

Friday, November 29, 2013

* PUJIAN DAN SANJUNGAN




MEMUJI DAN MENYANJUNG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA

Memberi puji-pujian itu, harus andai sesuatu atau seseorang itu memang selayaknya dipuji dengan niat kerana Allah dan untuk membuat orang yang dipuji berasa gembira dan dihargai kerana sesungguhnya, segala kebaikkan dan keindahan itu datangnya dari Allah dan seharusnyalah kita segera bersyukur dan memuji akan kebesaran-Nya. Namun kita tidak menyedari bahawa sebenarnya, puji-pujian juga mungkin bertukar menjadi satu kesalahan bila kita memuji seseorang atau sesuatu bukan pada tempatnya.

Sebagai contoh, memuji cara orang yang cantik dan kacak berpakaian tetapi mereka tidak menutup aurat dengan sempurna. Memuji nyanyian dan lakunan seseorang yang hebat tetapi nyanyian dan lakunan mereka adakalanya melanggar hukum agama. Memuji lagu-lagu yang sedap didengar kononnya tetapi agak melampau senikatanya sehingga kita sendiri pun tidak pasti apakah maksud yang tersirat dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan contoh.

Maka dengan itu, mari kita lebih berhati-hati ketika menyanjung dan memuji supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dimurkai Allah. Wallahualam.

"Sesungguhnya Allah s.w.t. murka apabila orang fasik dipuji."
~ HR: Baihaqi dan Ibnu Abiddunya

Fasik maksudnya:
Orang yang tidak mempedulikan perintah Allah atau orang yang melakukan dosa.

* Sekadar perkongsian dari saya yang kurang ilmu namun merasakan hal ini perlu untuk disampaikan. Andai ada kesilapan harap diperbetulkan.

~ Thank You ~

* LAMAN SUTERA DI BLOG MYCHERITA?

Click image to view actual size



Buka Blog, dan check comment moderation, ada message dari MyCherita minta saya singgah ke Blognya. Tak terkejut pun sebab dah tahu lebih awal tentang post ni, cuma nak gambarkan perasaan gembira saya bila nampak header LAMAN SUTERA yang tak berapa nak cantik ni di wall Blog beliau. Sebenarnya ini adalah Segmen Singgah Blog yang beliau anjurkan. Jadi kepada yang ingin menyertai segmen ini, bolehlah singgah ke Blog, MyCherita dan tinggalkan link Blog anda di ruang komen beliau.

Kepada MyCherita, terima kasih diucapkan dan semoga ikatan persahabatan sesama Blogger akan semakin erat....

~ Thank You ~

Thursday, November 28, 2013

* SHAKLEE FOOD SUPPLEMENT ~ SET UNTUK SAKIT SENDI

~ ADVERTISEMENT ~

LANGKAH BIJAK UNTUK NUTRISI YANG BAIK

Click image to view actual size




1. ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
Harga: RM 124.00 (EM) RM 130.00 (WM)
Kuantiti: 60 coated tablets
Cara makan: 2 biji sehari
Tempoh masa: 30 hari

2. OMEGA GUARD
Harga: RM 136.00 (EM) RM140.00 (WM)
Kuantiti: 90 capsules
Cara makan: 3 biji sehari
Tempoh masa: 30 hari

3. OSTEMATRIX
Harga: RM 61.00 (EM) RM 65.00 (WM)
Kuantiti: 120 caplets
Cara makan: 4 biji sehari
Tempoh masa: 30 hari


Products by: Shaklee
Distributor: Puan Rozita (Shah Alam)
SMS/WhatsApp: 019 284 3625/010 435 4506

Our Mission: WE PROVIDE A HEALTHIER LIFE FOR EVERYONE AND A BETTER LIFE FOR ANYONE

Click here to view more ads.

~ Thank You ~

Wednesday, November 27, 2013

* SUDUT KREATIF ~ KLIP/PENYEPIT RAMBUT

Click images to view actual size

Sebagai klip rambut

Klip rambut dari manik dengan pengikat tali tangsi. Tapi yang ini dari manik jenis murah sesuai untuk kanak-kanak. Kalau inginkan yang lebih cantik gunakan manik mutiara atau batu swarovski yang digunakan untuk membuat gelang tangan dan batu haruslah mempunyai lubang di tengah. Selain digunakan untuk menyepit rambut, ia boleh juga digunakan sebagai klip tudung dan langsir dari kain nipis (gunakan asas klip saiz paling besar dan dibuang pin di bahagian tengahnya) serta hiasan pada kraf tangan.


Sebagai klip tudung atau selendang

Caranya anda cuma perlu cantum dan sambungkan manik-manik seperti membuat gelang tangan dan kemudian lekatkan pada asas klip menggunakan 'glue gun' atau gam lilin. Boleh juga diikat terus menggunakan tali tangsi sekiranya asas klip mempunyai lubang.

Asas klip

Asas (plain) klip ni nama sebenarnya saya tak tahu... hehee...

~ Thank You ~

Tuesday, November 26, 2013

* KALAM INDAH/KATA-KATA MOTIVASI ~ 15


* Mereka yang menabur benih dengan cucuran air mata, nescaya akan gembira dengan hasilnya nanti kerana sesungguhnya rahmat Allah akan sentiasa mencucuri....



* Tidak ada, kita mencari. Bila dah ada, kita tak peduli. Sudah tiada, kita sesali....



* Yang mudah digoda akan terpedaya.
Yang mudah dirayu akan tertipu.
Yang mudah dipikat akan terjerat....

Click here to see more.

~ Thank You ~

Monday, November 25, 2013

* RESIPI ~ KEK/PUDING BATIK MARIE (ASLI DAN LEMBUT)

Resipi Kek/Puding Batik Marie ini adalah resipi lama/asal yang tidak diubahsuai bahannya (saya buat mengikut sukatan sendiri). Ia tidak menggunakan coklat masakan dan tidak mencair serta melekit jika cuaca panas serta biskutnya pula tidak keras berderai atau kering sehingga bertabur ketika kita mengunyahnya.

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Biskut Marie (Tiger) ~ 250g dipatahkan 4
2. Milo ~ 1 cawan atau lebih sedikit
3. Serbuk koko (VanHouten) ~ Setengah cawan 
4. Susu pekat ~ 1 setengah cawan
5. Air ~ 1 cawan
6. Minyak jagung/margerin (Planta) ~ Suku cawan
7. Telur ~ 3 biji
8. Garam halus ~ Secubit dua

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali biskut Marie, ke dalam kuali dan kacau rata dengan pemukul telur (egg beater).
2. Buka api dan masak sehingga pekat sambil dikacau tanpa henti.
3. Bila hampir pekat masukkan biskut dan tutup api. Kacau sehingga rata kemudian tuang ke dalam bekas atau acuan dan tekan sehingga padat.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota:
- Sebelum disimpan dalam peti sejuk, pastikan kek/puding tidak dalam keadaan masih panas.
- Pastikan kek/puding betul-betul sejuk sebelum dipotong supaya tidak kelihatan comot dipermukaan kek yang dipotong.
- 250 gram biskut Marie, lebih kurang 1 loyang penuh (7 inci dasar) setelah dipatahkan.
- Sebaiknya gunakan acuan atau bekas plastik yang lembut supaya kek/puding mudah dikeluarkan apabila ditekan bahagian bawahnya ketika ditelangkupkan ke atas pinggan hidangan.
- Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita harus pandai mengagak masa bila biskut hendak dimasukkan. Jika terlalu awal biskut akan menjadi lembik manakala jika terlewat (adunan terlalu pekat) biskut masih dalam keadaan keras.

Tip:
Jika biskut masih keras semasa dipotong, kukuskan sebentar kek tersebut sehingga biskut menjadi lembut (Jangan lakukan cara ini sekiranya resepi anda menggunakan 'chocolate compound' dalam bancuhan, kerana kek/puding anda mungkin akan cair dan melekit).

~ Thank You ~

* RESIPI ~ MURTABAK MAGGI (MEE SEGERA)

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Mee segera Maggi (perisa kari) ~ 1 peket 
2. Telur ~ 2-3 biji
3. Bawang besar ~ Setengah labu dihiris
4. Cili besar ~ 1 biji saiz sederhana dihiris
5. Kobis ~ Secukupnya dihiris
6. Daun sup/kucai/bawang ~ Secukupnya dipotong
7. Sayur campur ~ 2-3 camca besar
8. Isi ayam/udang ~ 2-3 camca besar dicincang
9. Minyak masak ~ 5-6 camca besar atau secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Rendam mee segera dalam air panas (baru dimasak) hingga kembang sedikit, toskan airnya dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul telur dengan semua bahan di atas termasuk perencah mee segera.
3. Masukkan maggi yang telah ditoskan tadi, kacau rata.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan bancuhan tersebut.
5. Masak dengan api sederhana sehingga bahagian bawah garing sepenuhnya dan terbalikkan. Cucuk sedikit bahagian tengah untuk pastikan tidak ada bahagian yang masih mentah.
6. Setelah masak, angkat dan letakkan ke atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA!

~ Thank You ~

Sunday, November 24, 2013

* APA ITU 'WORD VERIFICATION' DI BLOG?

Bercerita tentang 'Word verification' (pengesahan kata) ni, memang dari sejak mula saya berada di arena Blogger, 'Word verification' ni saya 'off'kan (NO). Saya sendiri pun tidak pasti bagaimana ia berfungsi dan apa kelebihan sebenar maka ia diwujudkan dalam 'Blog Setting' kita. Apa yang saya tahu, ia bertindak untuk mencegah komen-komen yang tidak diingini. Tapi, pada saya ia sebenarnya menyukarkan orang yang hendak meninggalkan komen di post kita kerana 'text' yang diberikan kurang jelas dan kadang kala memaksa kita mengulanginya beberapa kali. Pun begitu ia mungkin berguna untuk mereka yang mahu komen-komen diterbitkan secara terus dan yang tidak menggunakan 'Comment moderation' dimana kita boleh 'menapis' terlebih dulu komen-komen yang masuk.

Walau bagaimanapun, pilihan di tangan anda. Kepada mereka yang mungkin berhasrat ingin 'menyembunyikan' atau 'off'kan 'Word verification' ni, saya sertakan paparan berikut supaya ia boleh membantu anda.

Click images to view actual size

'Word verification' atau Pengesahan kata

Cara 'menyembunyikannya'


Kepada yang tahu secara terperinci bagaimana ia berfungsi dan apa kelebihan 'Word verification' ini, sila kongsikan di bahagian komen di bawah agar ia memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lainnya atau berikan pandangan anda mengenainya.

~ Thank You ~

* CARA MEMBUAT TELUR DADAR/OMELETTE YANG LEBIH SEDAP

Menu telur dadar, antara menu paling ringkas dan mudah untuk disediakan. Selain itu, ia juga enak dijadikan menu tambahan sebagai penambah selera waktu makan tengahari mahupun ketika makan malam.

Ramai yang menggemarinya namun terkadang jemu dengan rasanya yang hampir sama setiap kali. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjadikan telur dadar anda lebih sedap dan berbeza rasa selain dari menambah serbuk perasa yang tentunya tidak baik untuk kesihatan kita. Jom cuba!

Click image to view actual size

Telur dadar + Serbuk kunyit


Caranya:
Pukul telur bersama bahan-bahan biasa seperti bawang, cili dan garam. Untuk rasa yang berbeza anda boleh masukkan bahan-bahan berikut berganti-ganti atau masukkan 2-3 bahan sekali dalam bancuhan telur dadar anda.
  1.  Mayonis
  2.  Jagung cream (dalam tin)
  3.  Cheese diparut
  4.  Serbuk kunyit
  5.  Serbuk kari dan daun kari
  6.  Kacang peas (dalam tin) dibuang airnya
  7.  Kacang parang (dalam tin) ditapis dan dibuang sosnya
  8.  Udang segar dicincang
  9.  Cendawan (dalam tin) dicincang/hiris nipis
  10.  Karot segar diparut
  11.  Sosej dihiris nipis
  12.  Daun kucai dipotong 1 inci
  13.  Kobis bulat dihiris halus
  14.  Tomato dihiris nipis
  15.  Lobak asin dihiris
  16.  Udang geragau
  17. Tauhu putih dipotong dadu (kecil)

Sila pilih salah satu dari bahan-bahan ini untuk telur dadar anda hari ini....

SELAMAT MENCUBA!

*Sekiranya anda ada idea atau bahan lain untuk dikongsi, sila kemukakan.

~ Thank You ~

Friday, November 22, 2013

* RESIPI ~ KUIH DADAR/KETAYAP/GULUNG INTI KENTANG

Click image to view actual size



Bahan-bahan untuk inti:
1. Kentang ~ 4 biji saiz sederhana dipotong dadu
2. Bawang putih ~ 4-5 ulas dicincang halus
3. Udang kering ~ 2-3 camca besar ditumbuk
4. Rempah kari ~ 2 camca besar dicampur sedikit air
5. Daun kari ~ 2 tangkai
6. Garam ~ Setengah camca kecil
7. Air ~ 4 cawan atau secukupnya
8. Bawang besar (putih) ~ Setengah labu dipotong dadu
9. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, daun kari dan udang kering sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan tumis lagi sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang dan air, biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
4. Bila air hampir kering masukkan garam dan bawang besar yang dicincang tadi dan masak lagi hingga kering.
5. Angkat, masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk kulit (batter):
1. Tepung gandum ~ 2 cawan diayak
2. Air/santan cair ~ 2 cawan
3. Telur ~ 1 biji
4. Serbuk kunyit ~ Setengah camca kecil
5. Garam halus ~ Secubit

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan ke dalam bekas lain.
2. Masak sesenduk demi sesenduk di atas kuali leper yang telah dititiskan sedikit minyak sehingga adunan habis.
3. Setelah kulit sejuk, letakkan inti di bahagian tengah dan gulung dengan kemas.
4. Letak dalam pinggan hidangan dan hidangkan.

Jumlah hidangan:
18-20 biji

Nota:
- Sekiranya anda rasa adunan (batter) untuk kulit agak pekat, tambahkan suku atau setengah cawan air lagi. Begitu juga dengan inti, sekiranya kentang belum cukup lembut atau empuk, boleh masukkan sedikit air lagi.
- Untuk inti, selain dari udang kering, anda boleh gantikan juga dengan isi ayam atau pun daging cincang.
- Anda boleh juga menggantikan kentang dengan keledek jika suka.

SELAMAT MENCUBA!

~ Thank You ~

Thursday, November 21, 2013

* RESIPI ~ ROTI TELUR UDANG GERAGAU

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Roti ~ 4-5 keping
2. Telur ~ 2 biji
3. Udang geragau (kering) ~ 3 camca besar
4. Garam ~ Suku camca kecil atau secukupnya
5. Serbuk kunyit ~ Secukupnya
6. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Roti dipotong 4 dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di atas kuali leper.
3. Pukul telur bersama bahan 3,4 dan 5 hingga sebati.
4. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur (sambil ratakan udang ke seluruh roti) dan goreng hingga warnanya keemasan.
4. Angkat, letakkan di atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Jumlah hidangan:
2 orang

Nota:
Sesuai untuk sarapan pagi dan jamuan ringan.

~ Thank You ~

Tuesday, November 19, 2013

* CERITERA ALAM ~ TENTANG KELAMBU

Sekarang ni musim hujan, jadi banyaklah nyamuk berterbangan bila tiba waktu senja dan malam. Tak boleh nak duduk dengan selesa walaupun ubat penghalau nyamuk telah dipasangkan. Apa lagi kalau berada di luar rumah pada waktu malam. Tak cukup tangan nak melibas dan menampar.

Sedang kami sibuk 'bertepuk tampar' dengan nyamuk-nyamuk yang hinggap di tubuh, tiba-tiba sahabat anak saya yang kebetulan ada bersama kami, duduk dan berbual di muka pintu bersuara katanya, "Saya tidur pakai kelambu". Mendengar kata-katanya saya pun ketawa sambil terbayangkan kelambu yang pernah saya guna puluhan tahun dulu.

Sahabat anak saya cuma berdiam dan agak kehairanan melihat saya ketawa. Kemudian saya berkata, "Susahlah nak tebuk dinding, habis rosak dinding kena paku." Terus dia menjawab, "Mana ada guna paku, kelambu kami macam khemah tu." Kali ini saya pula yang terdiam dan kehairanan lalu segera mencari info tentang kelambu di Google. Jelas di 'screen computer', gambar kelambu yang dimaksudkan. Saya yang ketinggalan rupanya kerana baru sekarang saya dengar cerita tentang kelambu 'moden' ni... hehee....


Kelambu sekarang

Kelambu dulu

Bila saya 'update status' mengenai kelambu ni di facebook, bukan saya saja yang ketinggalan dan tidak tahu mengenai kelambu ni, rupanya masih ada kawan-kawan yang belum tahu juga... hee... Walau apapun, kelambu yang dulu tetap ada sejarah dan kenangannya yang tersendiri.

Images by Google

~ Thank You ~

* SHAKLEE FOOD SUPPLEMENT ~ VITAMIN C PLUS, ALFALFA COMPLEX

~ ADVERTISEMENT ~

LANGKAH BIJAK UNTUK NUTRISI YANG BAIK

Click images to view actual size

VITAMIN C PLUS

Harga: RM 92.50 (EM) RM 97.50 (WM)
Kuantiti: 180 biji
Cara makan: 1 biji sehari
Tempoh masa: 180 hari
Antara fungsi dan kebaikan:
- Sesuai untuk masalah jerawat, kulit bermasalah, resdung, nafas berbau, batuk, masalah pundi, hidung berdarah, tonsil, ulser, sinusitis, penyakit jantung, kolestrol, strok, darah tinggi, kencing manis, gaut, batu karang.
- Membantu mencerah dan menyihatkan kulit.
- Membantu masalah tahap gula rendah.


ALFALFA COMPLEX

Harga (s): RM 53.70 (EM) RM56.25 (WM)
Kuantiti: 330 biji
Cara makan: 10 biji sehari
Tempoh masa: 33 hari
Harga (L): RM 97.50 (EM) RM 102.50 (WM)
Kuantiti: 700 biji
Tempoh masa: 70 hari
Cara makan: 10 biji sehari 
Antara fungsi dan kebaikan:
- Mengurangkan toksin
- Membantu masalah sembelit, senggugut, tenaga suami isteri, kencing kotor, resdung, ekzema, alergik, keputihan, menegang payu dara, buang angin.
- Membantu memperbanyakkan susu badan.
- Sesuai untuk ibu-ibu menyusu dan bersalin.
- Kaya dengan nutrisi dan mineral surih.

Products by: Shaklee
Distributor: Puan Rozita (Shah Alam)
SMS/WhatsApp: 010 435 4506/019 284 3625

Our Mission: WE PROVIDE A HEALTHIER LIFE FOR EVERYONE AND A BETTER LIFE FOR ANYONE

Click here to view more ads.

~ Thank You ~

Monday, November 18, 2013

* RESIPI ~ KEROPOK/KEREPEK BAYAM




Bahan-bahan:
1. Daun bayam ~ 10-15 keping
2. Tepung beras ~ 3 camca besar (40g)
3. Telur ayam ~ 1 biji (Gred B)
4. Garam halus ~ Setengah camca kecil
5. Serbuk jintan manis ~ Setengah camca kecil
6. Serbuk kunyit ~ Suku camca kecil
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Cuci daun bayam, tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.
3. Sementara itu, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, garam dan jintan manis ke dalam mangkuk dan kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati.
5. Ambil daun bayam dan celupkan ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga garing.
6. Angkat, toskan dan hidang bersama nasi putih, nasi goreng atau boleh dimakan begitu saja bersama sos cili.

Jumlah hidangan:
2 orang

*Untuk yang tidak sukakan telur atau tak makan telur, anda boleh gunakan campuran tepung beras dan tepung gandum(sama banyak) dan bahan-bahan lain di atas dengan kandungan air secukupnya. Cuma sedikit cair dari bancuhan untuk membuat Pisang Goreng.

~ Thank You ~

Sunday, November 17, 2013

* TIP/PETUA ~ MENGHILANGKAN RASA PEDAS/KEPEDASAN




Makan makanan yang pedas itu, harus bagi kebanyakkan orang. Tanpa rasa pedas, makanan kurang menyelerakan... katanya. Tapi adakalanya makanan yang dimasak terlalu pedas atau mungkin tanpa disengajakan kita termakan atau tergigit cili padi ketika menjamah makanan kegemaran kita. Dalam 'menggelupur' kepedasan dan kepanasan, kita pun minum air sebanyak mungkin. Tapi bila dah minum terlalu banyak air, kita pun kekenyangan dan tak mampu lagi nak menghabiskan makanan yang masih tinggal. Petua orang lama pula, kulum gula pasir di dalam mulut untuk mengurangkan rasa pedas dan panas.

Pada saya, cara yang paling berkesan, anda cuma perlu ambil air sejuk dalam botol dari peti sejuk (tanpa ketulan ais), masukkan ke dalam mulut (jangan telan) dan biarkan beberapa saat dan luahkan. Lakukan atau ulang beberapa kali sehingga rasa pedas itu berkurangan. Mudah kan? Selamat mencuba!

p/s:
- Pastikan air sejuk sentiasa ada dalam simpanan. Jika tidak, jawab sendiri... hee....
- Jika anda ada cara lain sila nyatakan agar dapat dikongsikan bersama.

~ Thank You ~

* SAJAK ~ HANYA SEBUAH MIMPI - 2


Gambar hiasan

HANYA SEBUAH MIMPI 

Di batasan malam hari ku
utuh bertimpuh dirimu di sisi, menemaniku
dengan raut wajah, manis berseri
dan senyuman seindah sinar mentari
justeru, bakal kan sirna, gundah gulana di jiwa
tiada kendala untuk ku nikmati bahagia
aku kau tatang, bagaikan butir-butir mutiara...

Dalam lenaku yang masih panjang
kita ditemani dek cahaya gemintang
dan engkau masih lagi setia
sembari menatap wajahku, penuh kasih dan cinta
lalu, gugurlah satu demi satu
kelopak-kelopak bunga rinduku
dan.... dalam dakapanmu, aku terharu...

Namun, tatkala bintang mula menyirna
terhenti anganku diganggu sang suria
tanpa permisi, engkau berlalu pergi
lenyap segalanya, ditelan si kabus pagi
dalam termangu, sungguh ku mengerti
engkau sekadar teman, di persada mimpi
sedangkan yang pasti, aku sengsara di alam realiti.....

By: * Ozie Mahsa (17th. September 2013)

HANYA SEBUAH MIMPI ~ 1 (click to view)

~ Thank You ~

Friday, November 15, 2013

* RESIPI ~ IKAN TENGGIRI TUMIS DAUN KARI

Click image to view actual size


Bahan-bahan:
1. Ikan tenggiri ~ 2 potong dilumurkan garam dan kunyit
2. Bawang putih ~ 3-4 ulas diketuk
3. Cili padi ~ 2-3 biji diketuk (jika suka pedas)
4. Daun kari ~ 2-3 tangkai
5. Cili kisar ~ 1-2 sudu besar
6. Sos cili ~ 1 sudu besar
7. Bawang besar ~ Setengah labu dipotong bulat
8. Asam jawa ~ Secukupnya dicampur sedikit air dan ditapis airnya
9. Kicap pekat ~ 2-3 camca besar atau secukupnya sehingga kuah berwarna coklat (bukan hitam atau merah)
10. Garam ~ Setengah camca kecil atau secukupnya
11. Gula ~ Secukupnya (jika suka)
12. Air ~ 1 setengah cawan
13. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak bersih secukupnya, goreng ikan kemudian letakkan ke atas pinggan hidangan dan ketepikan.
2. Simpan minyak tadi ke dalam bekas, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga berbau wangi.
3. Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga keluar minyak.
4. Masukkan bawang besar, air, air asam, kicap, garam, gula dan sos cili, masak hingga kuah agak pekat dan bawang lembut sedikit.
5. Setelah rasa kuahnya sempurna (masam, masin, manis) angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
6. Hiaskan ikut suka dan hidangkan bersama nasi putih.

Jumlah hidangan:
2-3 orang

Nota:
Untuk lebih sedap, gunakan ikan siakap atau ikan kerapu.

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa nama masakan ini. Jadi buat sementara ini, itulah nama yang saya berikan hehee.... Resipi ini saya cipta sendiri selepas makan di sebuah restoran. Namanya agak pelik jadi susah nak ingat. Saya cuma agak-agak saja apa bahan-bahannya. Setelah dicuba, akhirnya masakan ini menjadi kegemaran anak-anak saya. Yang membuatkan masakan ni sedap adalah rasa dan bau daun karinya yang wangi.

~ Thank You ~

* ILHAM DEKO




Click title to view

~ Thank You ~
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...